LELAKI???
......wow......
siapakah LELAKI?
bagaimana anda mengklasifikasikan seorang LELAKI?
ADAKAH dibawah ini dikatakan LELAKI
KENAPA lelaki tiba-tiba meninggi ?
Budak lelaki mula meninggi beberapa tahun selepas budak perempuan. Mereka boleh
meninggi dengan
mendadak sekitar umur 12 atau 13 setiap tahun. Ia mula memuncak semasa umur 14 apabila
budak lelaki boleh
membesar sehingga 4 inci setiap tahun! Pada masa ini, kamu mula terpaksa mendongak
hanya untuk bercakap
dengan mereka. Mereka juga mungkin akan tampak lebih kacak. Lengan dan kaki mereka
akan menjadi lebih
panjang, dan bolehlah mereka bermain bola keranjang dengan mudah. Sama seperti gadis
muda, tahap tinggi
hormon pertumbuhan dan sedikit estrogen yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan
mendadak ini. Ia,
budak lelaki pun ada estrogen juga. Tapi mereka mempunyai lebih testosteron yang
membuatkan mereka lebih
keras dan agresif. Masa ini, mereka mudah bergaduh dan sukakan sukan lasak.
APA yang membuatkan suara adik LELAKI saya BERUBAH?
Kamu mungkin menggelakkan kawan lelaki kamu yang suaranya halus dan kecil bila kamu
berumur 9 atau 10 tahun. Namun ketahuilah yang ia tidak akan kekal lama dan tanpa kamu
sedari, kamu mungkin tidak dapat mengecam suaranya lagi. Peti suara atau larinks yang
terdapat di tekak kita, membuka paru-paru kita dan dilapisi oleh dua struktur nipis dalam
pembukaannya yang bertindak seperti langsir. Struktur ini merupakan pita suara dan ia
bergerak ke depan dan ke belakang apabila kamu bercakap dan menyanyi. Minta adik lelaki
kamu untuk panjangkan lehernya apabila dia mendongak ke atas. Bengkak pada
pertengahan lehernya ialah sesuatu yang dipanggil halkum yang merupakan bahagian
hadapan peti suara atau larinks. Apabila budak lelaki membesar kira-kira umur 13 atau 14,
testosteron membuatkan pita suara menjadi lebih tebal dan besar. Ia juga membuatkan peti
suara menjadi semakin panjang dan menyebabkan bengkak ini lebih kelihatan. Pita suara
yang tebal bergerak perlahan dan apabila ini terjadi, suara menjadi lebih garau.
APA itu TESTOSTERON?
Testosteron merupakan hormon lelaki yang dibebaskan oleh organ seks lelaki yang dipanggil
testis. Testosteron mula meningkat semasa baligh apabila hormon perangsang merangsang
testis untuk mula menghasilkan testosteron. Testosteron membuatkan penis seorang budak
lelaki menjadi besar. Ia juga menyebabkan skrotum bertukar rupa membuatkan ia lebih
berkedut dengan warna yang lebih gelap. Apabila testosteron memuncak, testis semakin
besar dan mula menghasilkan sperma. Masa inilah budak lelaki mula berminat dengan
perempuan dan seks. Mereka mula mempunyai geng mereka sendiri dan kurang bergaul
dengan perempuan. Mereka kelihatan lebih aktif dan agak ganas. Mereka juga mula
melibatkan diri dengan sukan seperti bola sepak ataupun gusti dan menyukainya!
APAKAH bahagian organ seks LELAKI?
Yang paling popular tentulah penis dan bentuk panjangnya yang melekat pada tubuh lelaki.
Ia membesar dalam kepanjangan dan saiz apabila testosteron meningkat ketika baligh. Penis
merupakan tempat di mana sperma keluar ketika seks. Ia merupakan organ seks lelaki yang
bersentuhan dengan vagina ketika seks.
Skrotum merupakan pundi berwarna gelap atau kemerah-merahan yang terletak di bawah
penis lelaki. Skrotum mengandungi testis atau apa yang mereka selalu panggil sebagai “telur”.
Skrotum tergantung di luar tubuh untuk membuatkan testis sejuk. Suhu yang sejuk adalah
penting untuk memastikan kualiti sperma yang dihasilkan oleh testis adalah bagus.
Testis merupakan struktur bulat dan teguh yang dijumpai di dalam skrotum. Ia
menghasilkan sperma dan hormon seks seperti testosteron dalam budak lelaki dan lelaki
dewasa.
..........................................................
haha..suke2..gambar yg first tu..
ReplyDeleteaik.. macam mana gambar lelaki ni boleh ada?.
ReplyDeletehahaha...dayang punye keje...
ReplyDelete