Thursday 8 December 2011

Perlukah Anda Putus Dengan Pakwe Atau Makwe Anda?

Ramai orang bercakap tentang keburukan couple. Ramai orang menegur tentang kejelekan bercinta sebelum kahwin. Tetapi mungkin tidak ramai yang membuka jalan kepada sejumlah besar anak muda yang tersepit. Antara mahu meneruskan cinta, atau mengorbankan cinta yang sekian lama dibina.
Bercinta itu soal hati. Jadi jangan dipandang remeh dan jangan diambil mudah.
Jadi kali ini, mari kita lihat beberapa persoalan sekitar isu ‘nak clash ke tidak’ ini.
BERPASANGAN ITU SERONOK
Mana ada manusia suka hidup sendiri-sendiri. Sampai masa dan ketika, dia tentu mahukan teman di jiwa. Mahu seseorang sebagai peneman ke mana-mana. Dan orang itu mestilah menepati citarasanya. Mesti molek rupa paras dan mesti elok budi pekerti. Bila bertemu orang itu, dia sudah tidak mahukan selain daripadanya. Dia akan bermadah pujangga bahawa itulah jantung dan jiwanya. Seperti biasa, tabiat orang bercinta.
Berpasangan itu memang seronok dan bahagia.
Tetapi bukan semua jenis berpasangan itu seronok lagi bahagia. Sudah tentu, bila kita bercakap soal seronok dan bahagia ini, kita maksudkan seronok dan bahagia sampai ke Syurga. Apa barang seronok dan bahagia sekadar di dunia. Kalau setakat itu, ternyata belum benar-benar hebat cintanya. Berpasangan yang paling power sekali adalah berpasangan yang tidak terpisah dek kematian. Tidak terjurang dek alam dunia dan alam akhirat. Ikatan antara dia dan pasangan mampu menembusi dinding dunia sehingga sampai ke Syurga.
Hebat bukan?
Dan Islam sebagai suatu agama yang hebat telah sekian lama mengajarkan cara bagaimana untuk berpasangan gaya hebat seperti itu. Semestinya, dengan membeli tiket merah jambu bernama An-Nikah. Tiket tersebut direka khas untuk berpasangan sehingga ke Syurga. Di dunia seronok, di akhirat bahagia. Memang gempak.
Namun di sana, ada satu lagi bentuk berpasangan yang seronok tetapi bahagianya tidak kekal lama. Semuanya kerana satu sebab, iaitu enggan mendapatkan tiket merah jambu yang comel bernama An-Nikah. Sungguh merugilah mereka. Kerana seronok dan bahagia mereka hanya terhenti sekadar di dunia. Paling lama, 100 tahun sahaja usia berpasangan mereka. Itu pun sudah semakin memudar dek kerana kedut dan kerut kian banyak menghias muka. Itu pun jika panjang umur dan usianya.
Kalau takdir Allah, dilanggar kereta atau terjatuh dalam telaga buta, maka sekadar itu sahajalah usia berpasangan yang mereka ada. Seronok memang seronok, tetapi langkah sahaja ke alam barzakh, deritanya tak terungkap dengan kata-kata. Masakan tidak, banyak tempahan azab yang telah dibuat sewaktu berpasangan ( baca : bercouple ) di dunia. Contohnya, berpegangan tangan. Sedangkan dalam hadith, Nabi s.a.w menyebut bahawa lebih ringan azabnya memegang bara api daripada menyentuh kulit mereka yang bukan mahram.
Jadi, di titik ini, rasanya kita sudah boleh faham dengan jelas bahawa berpasangan yang hebat lagi power itu, hanya khusus kepada pemegang tiket yang comel sahaja. Selain daripada itu, belum boleh diakui sebagai hebat lagi gempak.

BUKAN MUDAH NAK CLASH
Sebenarnya, ramai di kalangan kita yang menyedari hakikat sepertimana disebutkan di atas. Bahkan mereka pun sebenarnya tidak mahu terus-terusan berpasangan gaya buang masa seperti itu. Mereka juga mahu bernikah. Tetapi sungguh, jalan untuk menikah dirasa sangat payah. Sebab itu, jalan mudahnya adalah bercouple sahaja. Pun begitu, jauh di sudut hati, apa yang sangat diimpikan adalah pernikahan.
Ok, topik ini pun sebenarnya bukan mahu memberi keputusan kepada anda, samada perlu atau tidak anda clash dengan pakwe ataupun makwe anda. Saya sendiri tidak suka membuat keputusan untuk orang lain. Antara sebab utamanya adalah, saya sangat percaya bahawa ada sebabnya Allah kurniakan akal kepada setiap seorang daripada kita. Allah tidak kurniakan akal kepada seseorang sebagai wakil kepada sepuluh orang yang lain. Contohnya, Allah berikan akal kepada Tok Penghulu kampung tetapi tidak memberikan akal kepada penduduk kampung yang lain. Tidak. Allah berikan kepada setiap seorang daripada kita. Maka, gunakanlah ia sebaik mungkin. Dan saya sekarang, sedang berinteraksi dengan akal-akal tersebut.
Ada orang, bercouple sebab memang dia mahu bercouple. Dari kecil, impiannya hanyalah bercouple. Tidak pernah terniat mahu berkahwin. Ini sungguh aneh bukan.
Ada orang, bercouple sebab tidak mampu menahan rasa di dada. Zaman remaja, terutamanya. Walaupun ada juga berlaku di kalangan orang tua.
Ada orang, tersepit. Di awalnya dia tidak tahu bahawa itu namanya bercouple. Setelah lama menjalin hubungan, barulah dia tahu bahawa itu salah dan berdosa.
Dan, macam-macam lagi keadaan yang lain.
Apa yang penting, kebenaran telah lama bersuara. Sebagaimana disebut di awal artikel, bercouple yang sahih lagi power adalah bercouple dengan tiket akad nikah. Selain daripada itu, ia tidak diterima.
Jadi, step pertama, sila terima dahulu kebenaran tersebut. Ingat, ada beza antara orang yang mengingkari kewajipan solat dengan orang yang tidak menunaikan solat. Orang yang ingkar bahawa solat itu wajib, hukumnya kafir. Tetapi orang yang tidak menunaikan solat, tidak menjadi kafir. Serupa juga. Kena terima dahulu kebenaran bahawa berpasangan tanpa tiket nikah itu haram, apatah lagi jika bersentuh-sentuhan, membelai-belaian dan sebagainya. Jangan pula kita membantah bahawa kesemua perbuatan itu bukan maksiat. Soal kita lakukan atau tidak, itu kita masuk bab kedua.
Ok, step kedua, selepas menerima kebenaran dan mengakui bahawa perbuatan-perbuatan itu adalah haram lagi berdosa, maka tiliklah pula kepada situasi masing-masing. Hakikatnya, situasi tidak akan sama. Contoh, antara dua orang yang bercouple, situasi orang pertama tidak akan sama dengan situasi orang kedua. Maksud saya, dari segi pertimbangan yang perlu diambil.
Saya mungkin tidak mampu membincangkan kesemua situasi dan keadaan, namun mungkin saya boleh sebutkan beberapa contoh sebagai panduan.
Situasi A :
Dua orang bercinta. Masuk tahun ini, sudah lima tahun bercouple. Tahun pertama dan kedua, 80% perhubungan di alam maya. Start tahun ketiga, bertukar 80% di alam nyata. Masuk panggung keluar panggung. Naik kereta turun kereta. Dari timur ke barat. Dari atas bangunan sampai ke tepi longkang. Lebih dahsyat dari belangkas. Sudah tentu, maksiat yang dilakukan sudah tidak terkira banyaknya. Masuk tahun kelima, salah seorang mula rasa insaf dan mendesak perkahwinan. Seorang lagi, berdolak dalih dan berlagak macam lembu kenyang. Seronok melayan maksiat, malas mengambil tanggungjawab.
Situasi B :
Dua orang bercinta. Masih baru, beberapa bulan yang lalu. Seorang belajar di Timur, seorang belajar di Barat. Keluarga belum tahu menahu, kerana keduanya berkenalan melalui ‘mukabuku’. Asyik berchatting saban waktu. Adakala berbual di telefon. Tetapi tidak pernah berjumpa, dating, pegang tangan dan sebagainya.
Situasi C :
Dua orang saling menyimpan perasaan. Tetapi masih belajar. Akhirnya saling meluah perasaan. Kemudian dipanjangkan kepada keluarga. Kedua keluarga menerima seadanya, tetapi syarat berkahwin mesti tamat pengajiannya. Jadi keduanya meneruskan pengajian. Si lelaki terlibat aktif dengan kesukanan. Si perempuan terlibat aktif dengan persatuan. Keduanya tegas menjaga perhubungan. Tiada mesej-mesej, tiada calling-calling. Semuanya dalam emel, yang mana sekali emel disebutkan kesemua item dan perkara. Tiba-tiba si perempuan merasa bersalah. Rasa berdosa dengan perhubungan mereka. Rasa seperti bercouple, buat maksiat hati dan sebagainya.
Kesemua keadaan di atas, dari A hingga C, jalan keluar serta pertimbangannya tidak sama.
Secara ringkasnya, situasi A adalah tahap wajib keluar dari maksiat, samada clash ataupun bernikah. Jadi saya sarankan, gandakan usaha supaya segera bernikah dan jangan tergesa-gesa memutuskan hubungan. Setelah usaha itu gagal dan menemui jalan mati, barulah dipancung perhubungan tersebut.
Situasi B, perlu dikawal perhubungan, diminimakan dan disampaikan ke pengetahuan keluarga seberapa segera. Mungkin, cara terbaik adalah bertunang dan mengurangkan berhubung antara satu sama lain. Tutup semua pintu yang berpotensi dimasuki oleh Syaitan dalam perhubungan antara keduanya. Manakala situasi C, mereka sebenarnya dalam kategori ”hanya ada hubungan tetapi tidak berhubungan”. Maksudnya, hubungan diketahui keluarga, dikawal oleh keluarga tetapi keduanya selamat dari elemen maksiat. Teruskan seperti sediakala dengan kehidupan masing-masing dan sebaiknya pihak keluarga menyegerakan proses pertunangan atau pernikahan keduanya. Tidak perlu tertekan dan mahu clash. Untuk apa diputuskan sebuah perhubungan yang ada harapan besar ke arah pernikahan?

ALLAH PEMBERI KEKUATAN
Ini khusus untuk mereka yang terjebak dalam maksiat ketika bercouple.
Tidak dinafikan, sewaktu anda mahu berubah meninggalkan orang yang anda cinta – setelah usaha memujuknya ke arah pernikahan tidak berjaya – maka anda akan diuji dengan pelbagai dugaan, khususnya melibatkan hati. Ada keraguan yang akan bertandang. Ada banyak kenangan manis yang akan melemahkan. Tetapi pada saya, kekuatan sebenar untuk anda berubah tika itu hanyalah niat yang benar lagi sahih. Untuk apa anda clash? Untuk apa anda tinggalkan kekasih hati tersebut?
Jika jawapannya kerana anda sudah tidak sanggup berada dalam kegelapan maksiat, atau kerana anda mahu melazimi ketaatan kepada Allah, atau kerana anda tidak nampak jalan menuju pernikahan dengan pasangan sekarang, atau kerana anda mahu berlari menuju Allah, maka yakinlah, bahawa hanya Allah sebaik-baik Pemberi Kekuatan. Dan anda, sesungguhnya sedang berada di atas track yang betul.
Sabda Nabi s.a.w : ” Orang yang berhijrah itu, adalah orang yang berhijrah meninggalkan apa yang Allah larang “
Begitu juga, jangan anda bina dua sangkar di depan mata anda. Satu sangkar bernama ‘baik’ dan satu lagi sangkar bernama ‘jahat’. Dan anda masuk mengunci diri dalam sangkar bernama ‘jahat’ tersebut. Dari situ, anda hanya memandang sayu kepada sangkar bernama ‘baik’ dan berkata : ” aku tak layak masuk ke situ..aku tak layak..aku hina..aku teruk..” dan sebagainya.
Anda tidak perlu berperlakuan sedemikian. Jika anda berminda sedemikian kerana acapkali gagal berubah atau terasa tidak mampu meninggalkan couple, maka anda silap. Apa yang penting adalah samada anda berusaha meninggalkan kegelapan jahiliah itu ataupun tidak. Usaha, atau tidak? Jika jawabnya, ya, saya usaha, maka janganlah bersedih. Itu bermakna, anda sedang menuju ke gerbang kebaikan dengan penuh bergaya. Anda cuma perlu teruskan langkah dan gandakan usaha, supaya anda segera sampai ke gerbang kejayaan yang sebenarnya.
Jangan samakan diri anda dengan orang-orang lain. Ya mungkin, ada di kalangan kawan anda yang begitu cepat boleh berubah. Hari ini baca artikel tentang haramnya couple, esok terus clash. Mungkin ada. Tetapi mungkin, anda tidak seperti dia. Jangan paksa perubahan dalam diri anda secara agresif. Berikan jiwa anda masa untuk mengorak langkahnya. Yang penting, anda mulakan. Tetapi jangan cepat mahu melompat kepada kesimpulan. Mulakan perlahan-lahan. Daripada dating seminggu sekali, jadikan ia dua minggu sekali. Dari bergayut tiap-tiap malam, jadikan ia seminggu satu malam. Daripada keluar pegang-pegang tangan, kepada keluar dan pakai sarung tangan. Percayalah, anda mampu lakukan perubahan.

PENUTUP
Saya faham, berapa ramai manusia menolak kata-kata nasihat dan teguran supaya meninggalkan budaya bercouple, semata-mata kerana dirasakan nasihat dan teguran itu tidak valid. Masakan tidak, soal hati mahu dipaksa-paksa. Lebih parah jika yang menegur sendiri tidak cuba menyelami perasaan dan jiwa mereka yang sedang bercinta. Apa anda fikir, ia suatu yang mudah mahu membuang seorang insan yang melekat namanya dalam jiwa?
Apapun, pada saya, mesej Islam sudah cukup jelas untuk berinteraksi dengan akal kita. Islam tidak memaksa, sebaliknya menunjukkan jalan keluarnya. Islam agama yang praktikal, bukan teori semata-mata. Kalau tak percaya, renungkan contoh ini. Allah ta’ala berfirman : ” Ketahuilah, bahawa dengan berzikir hati akan menjadi tenang “. Ini bukan semata-semata teori. Ia hanya akan tinggal kata-kata sekiranya tidak dipraktikkan. Cuba praktik dan baca Al-Quran saban masa, kita akan temui kebenarannya.
Begitu jugalah dengan dilema sekitar masalah cinta. Berpasangan yang bahagianya hingga ke Syurga, kebenarannya hanya akan dirasai setelah anda mencuba. Dan terbukti, pemilik tiket merah jambu adalah insan-insan yang paling bahagia.
Sekian.

Thursday 1 December 2011

MAMPUKAH SESEORANG ITU MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK SETELAH BERKAHWIN???

Assalamualaikum...

lame sudah tak mengupdate blog nie...banyak keje lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu...huhu...disebabkan esok cuti, jadi sy amek la kesempatan nk update sikit...sikit je...hoooyeeeaaahhh...



entri kite kali ini ialah pasal PERKAHWINAN...!!! oopppsss...terbesar pulak font nie..ahakz...sape tak suke kan kalo citer pasal bab bab kahwin nie...semua pun excited terlebih...
especially member ko-k...asal en.nasrol bukak je tajuk nie macam macam yang diorang merepek...hahaha...suke3~~~
alaa...name pun amek ko-k pembangunan keluarga dan masyarakat kene la tau kan...pengetahuan kot...hehehe...(ish...banyak pulak minah nie membebel...bile nak citer ntah)...ngeee~~~~

okey2...back to the point...
perkahwinan boleh menjadi pengalaman hidup yang berguna dan pasangan yang terlibat mampu menjadi insan yang lebih baik...

hmmmmm...........
moh kite bace tazkirah sikit pasal kahwin...kene tau nie...
take note !!!



Allah s.w.t. menciptakan setiap makhlukNya itu dalam berpasang-pasangan, Maha Suci Allah s.w.t. yang menciptakan hambaNya itu sifat dan keperibadian yang khas dan berbeza bagi setiap manusia. Maha Suci Allah s.w.t. juga yang mengurniakan kebaikan dalam jiwa dan akhlak manusia. Alhamdulillah, dalam ruangan ini, jika diizinkan Allah s.w.t., dapatlah kiranya saya sebagai seorang remaja untuk membincangkan, memanjangkan dan menilai sejauh mana perkahwinan itu dapat menambah kebaikan dalam hidup seseorang manusia khususnya kepada yang ingin mendirikan rumahtangga pada usia remaja. Insya’ Allah, perkara ini dapat membawa kepada bertambahnya ilmu atau menajamkan kefahaman yang sedia ada jika hal ini dibincangkan dengan lebih lanjut.
Allah s.w.t. telah menetapkan jodoh seseorang itu sebelum kelahirannya ke dunia lagi. Namun, apakah harus sesorang itu mencarinya atau membiarkan saja dirinya didatangi oleh seseorang (jodoh) yang telah ditetapkan itu? Masa itu tetap berlalu dan usia itu sentiasa merujuk kepada masa yang berlalu, seseorang yang telah masuk ke usia remaja pasti tidak akan dapat dinafikan oleh mana-mana pihak bahawa mereka ini adalah golongan yang baru merasa “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” sesama mereka ( lelaki dan perempuan). Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, setinggi manapun ilmu, budi, dan akhlak seseorang itu, pasti tidak dapat berkata “tidak setuju” dengan kenyataan itu. Sifat “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” itu merupakan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Maha Suci Allah s.w.t. yang menjadikan manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain (lelaki dan perempuan), yang sebenarnya membawa kepada hasil yang lebih baik lagi mantap. Adapun manusia itu diciptakan berpasang-pasangan, (tegas!) bukanlah ia dijadikan sebagai satu dalil atau alasan untuk manusia melakukan “kerosakan” di muka bumi ini, iaitu mengadakan hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan, tanpa adanya konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. (iaitu melakukan maksiat). Untuk berpasangan itu haruslah melalui kaedah dan cara yang betul lagi diredhai Allah s.w.t..

Apakah tujuan berkahwin?
Setiap hasrat untuk mengikat hubungan (perkahwinan) itu haruslah disertai dengan niat yang baik dan ikhlas. Setiap perkahwinan itu harus ada perancangan untuk membentuk keluarga yang sakinah. Berkahwin bukan sekadar apa yang kebayakkan masyarakat fahami sekarang, iaitu untukmengelakkan daripada melakukan maksiat. Benar, ia adalah salah satu tujuan utama perkahwinan, tapi, cuba kita kembali ke dasar sekali lagi, “manusia itu diciptakan dalam keadaan berpasang-pasangan”. Maknanya, setiap manusia memang perlu untuk berpasangan (lelaki dan perempuan),iaitu melalui perkahwinan, dan pastinya fitrah manusia itu mencari kebahagian. Untuk mencari kebahagian dalam rumah tangga pula, haruslah perkahwinan itu didasarkan atas niat yang baik.
Kenapa sering dikatakan “ada kelebihan berkahwin awal” tidak kira sama ada masih belajar atau sudah habis belajar (khususnya remaja)?
Perkahwinan itu merupakan satu ikatan pernikahan yang barang siapa (pasangan) yang telah melepasinya, maka, pasangan itu boleh melakukan apa yang mereka mahukan (menzahirkan kasih sayang dan sebagainya) dengan batasan-batasan yang berlandaskan konsep kehambaan kepada Allahs.w.t.. Maka, apakah kelebihan berkahwin itu?

kelebihan perkahwinan itu adalah:
  1. Dapat meningkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah s.w.t..
  2. Memperoleh pahala kerana mengikuti sunnah Nabi s.a.w..
  3. Dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat.
  4. Dapat meluahkan perasaan kasih dan sayang.
  5. Dapat keredhaan Allah s.w.t. kerana mampu melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan perkahwinan itu boleh meningkatkan kualiti ibadat?
Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan perkara yang diredhai Allahs.w.t., maka sudah semestinya ada kebaikannya dan tidak sama sekali keburukkan. Perkahwinan yang berlandaskan niat yang bersih sudah semestinya akan dapat melahirkan kualiti keluarga yang bersih. Ibadat seperti solat, puasa, mencari ilmu, bekerja dan sebagainya itu akan terasa lebih indah dan seronok jika dilakukan bersama orang yang tercinta (isteri bagi lelaki, dan sebaliknya). Begitulah halnya juga jika kita melakukan ibadah atas dorongan orang yang tercinta. Seperti berbalas-balas dorongan, bantuan, dan senda gurau. Insan mana yang tidak bersemangat jika ada kekasihnya(suami/isteri) saling menegur demi kebaikan, mendorong untuk gigih beribadah, dan bersama dalam setiap perkara yang dilakukan. Perkahwinan juga memudahkan urusan kita kepada Allah s.w.t.

Perkahwinan itu merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w..
Nabi (Muhammad s.a.w.) juga merupakan manusia yang mempunyai fitrah seperti setiap manusia yang lain. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan manusia pertama yang memasuki syurga, kerana Baginda s.a.w. adalah insan terbaik dan kata-kata Baginda s.a.w. adalah benar. Nabi s.a.w. telah banyak berpesan kepada umatnya untuk berkahwin, jadi, tidak mungkin (tujuan sebenar) perkahwinan itu membawa kepada kesan yang tidak baik, bahkan sebenarnya kebaikan yang dijanjikan, seperti mana firman Allah s.w.t. dan sabda Nabi s.a.w. yang telah dibincangkan tadi. Perkara yang jelas yang boleh diperoleh melalui perkahwinan ialah pahala mengikuti sunnah nabi s.a.w. dan pahala umpama mendirikan sebuah masjid. Malah lebih banyak ganjaran dan pahala yang boleh diperoleh sekiranya sesuatu perkahwinan itu diberi pengisian yang baik di dalamnya (berusaha membentuk keluarga yang sakinah).

Dapat mengelakkan diri daripada melakukan maksiat.
Memang tidak dapat disangkal bahawa inilah salah satu tujuan utama wujudnya “perkahwinan”, namun ia bukan tujuan keseluruhannya. Pengertian bagi “maksiat” dalam konteks ini lebih membawa kepada maksud melakukan dosa-dosa yang didasarkan kepada nafsu syahwat. Rasulullah s.a.w. perpesan supaya umatnya berkahwin agar dapat menyalurkan keinginan syahwat melalui cara yang diredhai (bernikah dahulu). Sesungguhnya perkara (menzahirkan kasih sayang/bergaul) itu juga banyak membawa kelebihan dan kebaikan seperti dapat menambah kasih sayang antara suami isteri, dapat (lebih)membaiki hubungan, dan mendapat pahala sedekah apabila melakukannya.
Perintah Allah s.w.t. ini hanya boleh dilakukan seandainya pasangan (lelaki dan perempuan) itu telah bernikah! Begitulah kelebihan yang terkandung dalam perkahwinan, Allah s.w.t. meredai setiap perbuatan hambaNya selagi tidak melanggar laranganNya. Maka, hubungan yang tidak terjaga sebelum pernikahan itu merupakan pendekatan kepada maksiat  dan menghampiri kemungkaran Allah s.w.t.. Tidak ada cara yang lebih baik dan diredhai oleh Allahs.w.t. dalam sesuatu hubungan (antara lelaki dan perempuan) itu kecuali dengan ikatan yang sah (pernikahan). Seandainya seseorang itu belum mampu untuk berkahwin, maka pesan Rasulullah s.a.w. agar kitaberpuasa kerana ia mampu mencegah daripada nafsu syahwat.

Dapat meluahkan kasih sayang.
Sesungguhnya kita tahu adab-adab bagi lelaki kepada perempuan ajnabi (asing/dan belum berkahwin) dan jika sebaliknya juga. Antaranya ialah tidak boleh meluahkan perasaan kasih sayangnya, seperti meluahkan rasa cintanya sama ada melalui perkataan lisan, tulisan, dan sebagainya. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, haruslah juga menjaga adab-adab sebelum kahwin itu kerana ia akan membawa kesan kepada keluarga yang akan dibina itu nanti.
Dengan adanya ikatan pernikahan, maka dibolehkanlah pasangan meluahkan atau menunjukkan perasaan kasih cinta dan sayang, yang demikian itu lebih diredhai Allah s.w.t. . Rugilah manusia yang “ingin dicintai dan ingin mencintai” itu, kerana tidak mengambil berat tentang hal ini (bernikah). Sedangkan ia merupakan saluran yang betul untuk mereka ambil bagi tujuan berkasih sayang kerana kelebihannya yang terlampau banyak dan akan mendapat keredaan Allah s.w.t..

Mendapat keredhaan Allah s.w.t. kerana dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah.
Kebanyakan manusia (perempuan) itu mampu melahirkan anak, namun, hanya yang mempunyai ikatan pernikahan yang sah sahaja yang akan mendapat keredhaan dan berkat daripada Allah s.w.t., iaitu tidak bertujuan untuk mendapatkan anak dengan cara yang haram! Sesungguhnya anak yang baik itu lahirnya juga dari yang baik (cara yang baik). Dan sesungguhnya, anak-anak yang baik itulah yang berguna kepada ibu bapa (di dunia dan akhirat), juga kepada masyarakat dan agama.
Harus diingat, pasangan yang menginginkan anak yang soleh itu haruslah  bernikah terlebih dahulu, dan menjaga batas-batas dalam ketika “bersama”. Begitu besarnya fadhilat (kelebihan) ikatan pernikahan itu. Dengan terikatnya pasangan itu malalui ikatan pernikahan, maka banyaklah kebaikan yang mereka akan peroleh sehingga tidak terkira jumlahnya, di dunia hingga akhirat.

Disini saya sertai juga panduan memilih pasangan hidup (bagi lelaki yang mencari pasangannya).
Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Mendapat keuntunganlah barang siapa yang menikahi perempuan kerana agamanya. Maka anda akan memperoleh keberkatan
Terdapat juga panduan lain yang telah disepakati dalam memilih bakal isteri demi keberkekalan dan kebahagian rumah tangga iaitu, memilih kerana agamanya, kerana akhlaknya, kerana kebaikannya, kerana mas kahwinnya yang murah, kerana dapat memberi keturunan, kerana kecantikannya, dan kerana keturunan;  dan yang bukan dari kerabat yang dekat.
Pemilihan berdasarkan agama itu merupakan yang paling ditekankan dan paling penting dalam pemilihan bakal isteri bagi mendapatkan keluarga yang bahagia lagi berkekalan. Sesungguhnya perempuan yang beragama itu ialah perempuan yang solehah, dan wanita solehah itu merupakan hiasan duniawi yang paling tinggi nilainya.
Kecantikan juga merupakan faktor yang penting dalam pemilihan bakal isteri, namun tidak sepenting agamanya. Fitrah manusia, menyukai yang cantik.Kecantikan penting dan ia merupakan antara sebab lahirnya rasa kasih dan sayang terhadap sesuatu. Dalam Islam, dianjurkan bagi lelaki yang ingin menikahi bakal isterinya untuk melihatnya terlebih dahulu dengan batas-batas yang yang ditetapkan sahaja.
Pemilihan berdasarkan mas kahwin juga diambil kira dalam pemilihan bakal isteri. Sesungguhnya mas kahwin yang mahal itu tidak digalakkan. Dalam satu hadits ada dinyatakan bahawa antara keberkahan seorang perempuan itu adalah segera dinikahkannya (bagi seorang yang berkuasa. Contoh:bapa, datuk), segera melahirkan dan mas kahwin yang murah. Dan dimakruhkan mas kahwin yang mahal dari pihak wanita.
Bagi setiap wali perempuan, haruslah pandai memilih pasangan bagi anak perempuannya. Jangan dinikahi lelaki yang buruk perangainya, yang buruk rupanya, yang lemah agamanya, yang tidak menunaikan haknya dengan baik, atau lelaki yang tidak sepadan dengan perempuan dalam masalah keturunan.


"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Friday 11 November 2011

iBu pErmAtA di hAti..


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, 

Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

.::Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada::.^^

May Allah Bless.....=))

UUM DALAM AKHBAR

Assalamualaikum semua...

jom usha usha gambar "UUM DALAM AKHBAR"
saje nak mengupdate bagi korang semua tahu banyak jugak uum masuk paper...
korang tau ke?? kalau tak tahu, buat buat tau sudah la...hehe...

nie semua keratan keratan akhbar sepanjang cuti dua minggu...(Depaavali dan Raye Haji)...


 



 
 




 mane dapat nie??? haaa...tak tengok email uum la tu...sape sape yang tak pernah bukak uum live kat portal uum, silalah melawat korang punye email pada bile bile mase korang free...macam macam info ade tau...
usha usha lah sekadar pengetahuan je...
ok..!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...