Thursday 10 November 2011

kehidupan di sekolah: pelajar yg tiada dalam BUKU TEKS




Kita habiskan kebanyakan masa di sekolah.


 Di sekolahlah kita membentuk sebahagian daripada kepercayaan, 

nilai dan persahabatan.


 Orang yang kita jumpa di sekolah menjadi satu tambahan kepada 

keluarga kita. 


Sebagai pelajar, tentunya kamu melalui 1001 macam perkara.


 Pengalaman begini yang menyumbang terhadap perkembangan 

individu.


 Hidup sebagai seorang pelajar tak semestinya mudah. 


Kita berhadapan dengan pelbagai halangan tetapi pada masa yang 

sama kita tetap berseronok dengan rakan-rakan.


 Dan jangan lupa, pelajaran tidak terhad di dalam kelas sahaja.


 Semakin kita membesar, persekitaran akan menjadi kelas kita dan 

pengalaman yang diperolehi merupakan guru terbaik.


Sebagai seorang pelajar, memang satu cabaran untuk berjaya 

dalam akademik dan pada masa yang sama, diterima oleh rakan-

rakan.


 Mengekalkan pencapaian akademik yang bagus bukannya mudah.


 Ia memerlukan kerja keras dan disiplin. 


Untuk itu, kamu perlukan keluarga dan rakan untuk memberikan 

sokongan. 


Berikut merupakan cara-cara bagaimana untuk menyeimbangi 

akademik dan keseronokan bersama rakan-rakan:


Pilih Rakan dengan Ciri-ciri yang Sama. Jika kamu berkawan dengan orang 
yang sekepala denganmu, tentu hidupmu menjadi lebih mudah. Rakan kamu 
mungkin tak setuju denganmu sepanjang masa, tapi ia pasti menyenangkan 
apabila kamu berkongsi pendapat yang sama dalam apa yang lebih penting 
dalam hidup. Contohnya, kepentingan pendidikan dan disiplin, isu-isu moral 
dan menghormati keluarga. Rakan-rakan kamu juga perlu mempunyai nilai 
moral yang sama dengan kamu. Adalah cukup penting untuk rakan kamu 
membantu kamu berkembang dan bukannya “menguncup”. Prinsip yang sama 
juga kena kamu amalkan untuk rakan-rakan kamu.
*
*
*
Buat jadual dan ikut. Pengurusan masa adalah penting untuk pencapaian
 akademik dan juga aspek-aspek lain dalam hidup kamu. Tetapkan jadual 
untuk mengulang kaji dan ikutinya. Luangkan masa tertentu untuk rakan kamu.
 Jadilah lebih fleksibel jika perlu. Pada masa ini, relaks dan berseronoklah. 
Kamu patut rasa bertuah kerana mempunyai rakan-rakan yang memang ‘ngam’
 bersama.
*
*
Tahu keutamaan kamu. Apabila terdapat tarikh akhir yang perlu dipatuhi dan
 peperiksaan dalam beberapa
 hari, cuba susun kerja kamu mengikut keutamaan. Ia penting untuk
 menyelesaikan kerja. Ini akan 
membuatkan kamu lebih fokus terhadap matlamat kamu. Jadilah lebih sabar
 dan berdisiplin. Kamu pasti tak
 akan menyesal.
*
*
*
Berpegang pada keputusan kamu. Jadi tegas bila perlu. Rakan-rakan kamu 
patut tahu apakah keutamaan kamu. Biar mereka lebih menghormati kamu 
sekiranya kamu memegang pada keputusan. Janganlah jadi orang yang mudah 
terpengaruh dan ketahui apa yang kamu mahu dalam hidup.
*
*
*
Kongsi kejayaan. Janganlah syok sendiri pula. Kongsi kejayaan kamu dengan
 rakan-rakan. Tiada orang yang mahu hidup bersendiri. Membuatkan rakan-
rakan kamu sebahagian daripada kejayaan kamu adalah penting untuk kerja 
berkumpulan dan sokongan berterusan.
*
*
*
Merendah diri. Dengan kerja keras dan disiplin, pasti tak sukar untuk 
mencapai cita-cita kamu. Akademik kamu akan lebih sukses dan kamu akan
 dikagumi oleh rakan dan keluarga. Namun begitu, sentiasa merendah diri dan 
janganlah berlagak pula. Kamu pasti akan lebih disukai.
*
*
*



Ucap terima kasih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...