Saturday 5 November 2011

SALAM AIDILADHA


Hari ini merupakan hari yang bersejarah dimana Hari Raya Aidiladha telah diraikan oleh umat Islam di seluruh negara. Di kesempatan ini saya mewakili admin hopes ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha  kepada seluruh umat Islam yang membaca entri ini....

Sempena hari yang mulia ini, saya terasa nak berkongsi sedikit ilmu berkenaan dengan Hari Raya Aidiladha yang diraikan oleh umat Islam ini.....

Hari Raya Aidiladha turut dikenali sebagai Hari Raya Korban. Aidiladha disambut secara besar-besaran pada 11, 12 dan juga 13 Zulhijjah bagi memperingati peristiwa kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya dalam menghadapi dan memenuhi perintah Allah.

Salah satu keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah, kita dapat melaksanakan ibadah korban. Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan selama empat hari sahaja bermula waktu selepas khatib membacakan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari spada 13 Zulhijjah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakalan dari segi istilah, korban bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada hari ini, umat Islam adalah disunatkan untuk mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih dan juga mengenakan wangi-wangian. Umat Islam juga akan mengerjakan solat sunat Aidiladha sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti dengan 5 takbir pada rakaat yang kedua.

Pada Hari Raya Aidilfitri, kita disunatkan untuk makan sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri, namun pada Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk makan selepas solat kerana makanan yang mula-mula dimakan adalah daging korban yang berkat itu.

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai Hari Rya Korban. Akhir kata.......SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM YANG BERADA DI MALAYSIA.....^^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...