Tuesday 1 November 2011

KECIL TETAPI BERBISA


Umur baru sahaja mencecah 7 dan 8 tahun....
tapi mereka berani untuk melakukan jenayah...

Kejadian pecah rummah ini dilaporkan berlaku sejak 6 bulan yang lepas,yang membabitkan kawasan kejiranan di Blok D Apartmen Fasa 4C Kuarters Kerajaan,Presint 8.

Kegiatan mereka terbongkar apabila kedua-dua sahabat baik ini memulangkan cakera padat yang dicuri kepada rakan sepermainan mereka yang juga anak mangsa pecah rumah yang tinggal di blok yang sama.

Mereka sanggup ponteng sekolah bagi melakukan kegiatan yang tidak bermoral itu.Hasil pemeriksaan di rumah suspek,polis menemui pelbagai barangan berharga  termasuk dua pasang kasut yang dibeli dengan menggunakan wang curi,jam tangan Casio,topi,pemacu pena (pendrive),wang RM14 dan juga telefon bimbit.

Barangan yang ditemui itu tidak sempat untuk dijual,dan terdapat juga barangan yang sudah dipulang kan kepada pemiliknya apabila ibu bapa mereka menyedari bahawa barangan tersebut bukan milik mereka.

Apa yang lebih menghairankan,kegiatan yang dilakukan ini sememangnya diketahui oleh ibu dan bapa suspek..namun mereka seolah olah tidak mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap anak mereka dan membiarkan kegiatan itu berterusan tanpa kawalan.

Dimanakah sikap prihatin seorang ibu dan ayah terhadap anak-anak mereka?jangan biarkan anak-anak terjebak di dalam kancah jenayah.erbuatan tersebut kelak akan merosakkan masa depan anak itu sendiri.
sumber: harian metro, 1 nov 2011

1 comment:

  1. http://3.bp.blogspot.com/_tPkKKGknV3A/TN1acFpD0tI/AAAAAAAAAUY/TKXi-dCnX7g/s320/8919-gambar-diambil-dari-google.jpg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...