Thursday 1 December 2011

MAMPUKAH SESEORANG ITU MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK SETELAH BERKAHWIN???

Assalamualaikum...

lame sudah tak mengupdate blog nie...banyak keje lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu...huhu...disebabkan esok cuti, jadi sy amek la kesempatan nk update sikit...sikit je...hoooyeeeaaahhh...



entri kite kali ini ialah pasal PERKAHWINAN...!!! oopppsss...terbesar pulak font nie..ahakz...sape tak suke kan kalo citer pasal bab bab kahwin nie...semua pun excited terlebih...
especially member ko-k...asal en.nasrol bukak je tajuk nie macam macam yang diorang merepek...hahaha...suke3~~~
alaa...name pun amek ko-k pembangunan keluarga dan masyarakat kene la tau kan...pengetahuan kot...hehehe...(ish...banyak pulak minah nie membebel...bile nak citer ntah)...ngeee~~~~

okey2...back to the point...
perkahwinan boleh menjadi pengalaman hidup yang berguna dan pasangan yang terlibat mampu menjadi insan yang lebih baik...

hmmmmm...........
moh kite bace tazkirah sikit pasal kahwin...kene tau nie...
take note !!!



Allah s.w.t. menciptakan setiap makhlukNya itu dalam berpasang-pasangan, Maha Suci Allah s.w.t. yang menciptakan hambaNya itu sifat dan keperibadian yang khas dan berbeza bagi setiap manusia. Maha Suci Allah s.w.t. juga yang mengurniakan kebaikan dalam jiwa dan akhlak manusia. Alhamdulillah, dalam ruangan ini, jika diizinkan Allah s.w.t., dapatlah kiranya saya sebagai seorang remaja untuk membincangkan, memanjangkan dan menilai sejauh mana perkahwinan itu dapat menambah kebaikan dalam hidup seseorang manusia khususnya kepada yang ingin mendirikan rumahtangga pada usia remaja. Insya’ Allah, perkara ini dapat membawa kepada bertambahnya ilmu atau menajamkan kefahaman yang sedia ada jika hal ini dibincangkan dengan lebih lanjut.
Allah s.w.t. telah menetapkan jodoh seseorang itu sebelum kelahirannya ke dunia lagi. Namun, apakah harus sesorang itu mencarinya atau membiarkan saja dirinya didatangi oleh seseorang (jodoh) yang telah ditetapkan itu? Masa itu tetap berlalu dan usia itu sentiasa merujuk kepada masa yang berlalu, seseorang yang telah masuk ke usia remaja pasti tidak akan dapat dinafikan oleh mana-mana pihak bahawa mereka ini adalah golongan yang baru merasa “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” sesama mereka ( lelaki dan perempuan). Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, setinggi manapun ilmu, budi, dan akhlak seseorang itu, pasti tidak dapat berkata “tidak setuju” dengan kenyataan itu. Sifat “ingin disayangi dan ingin menyanyangi” itu merupakan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Maha Suci Allah s.w.t. yang menjadikan manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain (lelaki dan perempuan), yang sebenarnya membawa kepada hasil yang lebih baik lagi mantap. Adapun manusia itu diciptakan berpasang-pasangan, (tegas!) bukanlah ia dijadikan sebagai satu dalil atau alasan untuk manusia melakukan “kerosakan” di muka bumi ini, iaitu mengadakan hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan, tanpa adanya konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. (iaitu melakukan maksiat). Untuk berpasangan itu haruslah melalui kaedah dan cara yang betul lagi diredhai Allah s.w.t..

Apakah tujuan berkahwin?
Setiap hasrat untuk mengikat hubungan (perkahwinan) itu haruslah disertai dengan niat yang baik dan ikhlas. Setiap perkahwinan itu harus ada perancangan untuk membentuk keluarga yang sakinah. Berkahwin bukan sekadar apa yang kebayakkan masyarakat fahami sekarang, iaitu untukmengelakkan daripada melakukan maksiat. Benar, ia adalah salah satu tujuan utama perkahwinan, tapi, cuba kita kembali ke dasar sekali lagi, “manusia itu diciptakan dalam keadaan berpasang-pasangan”. Maknanya, setiap manusia memang perlu untuk berpasangan (lelaki dan perempuan),iaitu melalui perkahwinan, dan pastinya fitrah manusia itu mencari kebahagian. Untuk mencari kebahagian dalam rumah tangga pula, haruslah perkahwinan itu didasarkan atas niat yang baik.
Kenapa sering dikatakan “ada kelebihan berkahwin awal” tidak kira sama ada masih belajar atau sudah habis belajar (khususnya remaja)?
Perkahwinan itu merupakan satu ikatan pernikahan yang barang siapa (pasangan) yang telah melepasinya, maka, pasangan itu boleh melakukan apa yang mereka mahukan (menzahirkan kasih sayang dan sebagainya) dengan batasan-batasan yang berlandaskan konsep kehambaan kepada Allahs.w.t.. Maka, apakah kelebihan berkahwin itu?

kelebihan perkahwinan itu adalah:
  1. Dapat meningkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah s.w.t..
  2. Memperoleh pahala kerana mengikuti sunnah Nabi s.a.w..
  3. Dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat.
  4. Dapat meluahkan perasaan kasih dan sayang.
  5. Dapat keredhaan Allah s.w.t. kerana mampu melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Bagaimana pula dengan dakwaan yang mengatakan perkahwinan itu boleh meningkatkan kualiti ibadat?
Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan perkara yang diredhai Allahs.w.t., maka sudah semestinya ada kebaikannya dan tidak sama sekali keburukkan. Perkahwinan yang berlandaskan niat yang bersih sudah semestinya akan dapat melahirkan kualiti keluarga yang bersih. Ibadat seperti solat, puasa, mencari ilmu, bekerja dan sebagainya itu akan terasa lebih indah dan seronok jika dilakukan bersama orang yang tercinta (isteri bagi lelaki, dan sebaliknya). Begitulah halnya juga jika kita melakukan ibadah atas dorongan orang yang tercinta. Seperti berbalas-balas dorongan, bantuan, dan senda gurau. Insan mana yang tidak bersemangat jika ada kekasihnya(suami/isteri) saling menegur demi kebaikan, mendorong untuk gigih beribadah, dan bersama dalam setiap perkara yang dilakukan. Perkahwinan juga memudahkan urusan kita kepada Allah s.w.t.

Perkahwinan itu merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w..
Nabi (Muhammad s.a.w.) juga merupakan manusia yang mempunyai fitrah seperti setiap manusia yang lain. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan manusia pertama yang memasuki syurga, kerana Baginda s.a.w. adalah insan terbaik dan kata-kata Baginda s.a.w. adalah benar. Nabi s.a.w. telah banyak berpesan kepada umatnya untuk berkahwin, jadi, tidak mungkin (tujuan sebenar) perkahwinan itu membawa kepada kesan yang tidak baik, bahkan sebenarnya kebaikan yang dijanjikan, seperti mana firman Allah s.w.t. dan sabda Nabi s.a.w. yang telah dibincangkan tadi. Perkara yang jelas yang boleh diperoleh melalui perkahwinan ialah pahala mengikuti sunnah nabi s.a.w. dan pahala umpama mendirikan sebuah masjid. Malah lebih banyak ganjaran dan pahala yang boleh diperoleh sekiranya sesuatu perkahwinan itu diberi pengisian yang baik di dalamnya (berusaha membentuk keluarga yang sakinah).

Dapat mengelakkan diri daripada melakukan maksiat.
Memang tidak dapat disangkal bahawa inilah salah satu tujuan utama wujudnya “perkahwinan”, namun ia bukan tujuan keseluruhannya. Pengertian bagi “maksiat” dalam konteks ini lebih membawa kepada maksud melakukan dosa-dosa yang didasarkan kepada nafsu syahwat. Rasulullah s.a.w. perpesan supaya umatnya berkahwin agar dapat menyalurkan keinginan syahwat melalui cara yang diredhai (bernikah dahulu). Sesungguhnya perkara (menzahirkan kasih sayang/bergaul) itu juga banyak membawa kelebihan dan kebaikan seperti dapat menambah kasih sayang antara suami isteri, dapat (lebih)membaiki hubungan, dan mendapat pahala sedekah apabila melakukannya.
Perintah Allah s.w.t. ini hanya boleh dilakukan seandainya pasangan (lelaki dan perempuan) itu telah bernikah! Begitulah kelebihan yang terkandung dalam perkahwinan, Allah s.w.t. meredai setiap perbuatan hambaNya selagi tidak melanggar laranganNya. Maka, hubungan yang tidak terjaga sebelum pernikahan itu merupakan pendekatan kepada maksiat  dan menghampiri kemungkaran Allah s.w.t.. Tidak ada cara yang lebih baik dan diredhai oleh Allahs.w.t. dalam sesuatu hubungan (antara lelaki dan perempuan) itu kecuali dengan ikatan yang sah (pernikahan). Seandainya seseorang itu belum mampu untuk berkahwin, maka pesan Rasulullah s.a.w. agar kitaberpuasa kerana ia mampu mencegah daripada nafsu syahwat.

Dapat meluahkan kasih sayang.
Sesungguhnya kita tahu adab-adab bagi lelaki kepada perempuan ajnabi (asing/dan belum berkahwin) dan jika sebaliknya juga. Antaranya ialah tidak boleh meluahkan perasaan kasih sayangnya, seperti meluahkan rasa cintanya sama ada melalui perkataan lisan, tulisan, dan sebagainya. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, haruslah juga menjaga adab-adab sebelum kahwin itu kerana ia akan membawa kesan kepada keluarga yang akan dibina itu nanti.
Dengan adanya ikatan pernikahan, maka dibolehkanlah pasangan meluahkan atau menunjukkan perasaan kasih cinta dan sayang, yang demikian itu lebih diredhai Allah s.w.t. . Rugilah manusia yang “ingin dicintai dan ingin mencintai” itu, kerana tidak mengambil berat tentang hal ini (bernikah). Sedangkan ia merupakan saluran yang betul untuk mereka ambil bagi tujuan berkasih sayang kerana kelebihannya yang terlampau banyak dan akan mendapat keredaan Allah s.w.t..

Mendapat keredhaan Allah s.w.t. kerana dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah.
Kebanyakan manusia (perempuan) itu mampu melahirkan anak, namun, hanya yang mempunyai ikatan pernikahan yang sah sahaja yang akan mendapat keredhaan dan berkat daripada Allah s.w.t., iaitu tidak bertujuan untuk mendapatkan anak dengan cara yang haram! Sesungguhnya anak yang baik itu lahirnya juga dari yang baik (cara yang baik). Dan sesungguhnya, anak-anak yang baik itulah yang berguna kepada ibu bapa (di dunia dan akhirat), juga kepada masyarakat dan agama.
Harus diingat, pasangan yang menginginkan anak yang soleh itu haruslah  bernikah terlebih dahulu, dan menjaga batas-batas dalam ketika “bersama”. Begitu besarnya fadhilat (kelebihan) ikatan pernikahan itu. Dengan terikatnya pasangan itu malalui ikatan pernikahan, maka banyaklah kebaikan yang mereka akan peroleh sehingga tidak terkira jumlahnya, di dunia hingga akhirat.

Disini saya sertai juga panduan memilih pasangan hidup (bagi lelaki yang mencari pasangannya).
Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Mendapat keuntunganlah barang siapa yang menikahi perempuan kerana agamanya. Maka anda akan memperoleh keberkatan
Terdapat juga panduan lain yang telah disepakati dalam memilih bakal isteri demi keberkekalan dan kebahagian rumah tangga iaitu, memilih kerana agamanya, kerana akhlaknya, kerana kebaikannya, kerana mas kahwinnya yang murah, kerana dapat memberi keturunan, kerana kecantikannya, dan kerana keturunan;  dan yang bukan dari kerabat yang dekat.
Pemilihan berdasarkan agama itu merupakan yang paling ditekankan dan paling penting dalam pemilihan bakal isteri bagi mendapatkan keluarga yang bahagia lagi berkekalan. Sesungguhnya perempuan yang beragama itu ialah perempuan yang solehah, dan wanita solehah itu merupakan hiasan duniawi yang paling tinggi nilainya.
Kecantikan juga merupakan faktor yang penting dalam pemilihan bakal isteri, namun tidak sepenting agamanya. Fitrah manusia, menyukai yang cantik.Kecantikan penting dan ia merupakan antara sebab lahirnya rasa kasih dan sayang terhadap sesuatu. Dalam Islam, dianjurkan bagi lelaki yang ingin menikahi bakal isterinya untuk melihatnya terlebih dahulu dengan batas-batas yang yang ditetapkan sahaja.
Pemilihan berdasarkan mas kahwin juga diambil kira dalam pemilihan bakal isteri. Sesungguhnya mas kahwin yang mahal itu tidak digalakkan. Dalam satu hadits ada dinyatakan bahawa antara keberkahan seorang perempuan itu adalah segera dinikahkannya (bagi seorang yang berkuasa. Contoh:bapa, datuk), segera melahirkan dan mas kahwin yang murah. Dan dimakruhkan mas kahwin yang mahal dari pihak wanita.
Bagi setiap wali perempuan, haruslah pandai memilih pasangan bagi anak perempuannya. Jangan dinikahi lelaki yang buruk perangainya, yang buruk rupanya, yang lemah agamanya, yang tidak menunaikan haknya dengan baik, atau lelaki yang tidak sepadan dengan perempuan dalam masalah keturunan.


"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...